INTIM SELEPAS BERSALIN

Buku ini menerangkan perubahan hubungan intim suami isteri yang berlaku selepas menerima cahaya mata dan memberi pelbagai cadangan untuk melalui perubahan ini dengan lebih baik .

Buku Ini Tentang Apa?

Ramai pasangan tidak menyangka kehadiran seorang bayi comel akan mengubah kehidupan mereka 360 darjah. Ada pasangan yang sangat terkejut dengan perubahan ini kerana ia melibatkan seluruh aspek kehidupan termasuk hubungan intim suami isteri.

Cabaran yang dihadapi bukan sedikit. Bermula daripada tempoh berpantang, menjayakan penyusuan ibu, menghadapi kerenah bayi, menangani anak-anak yang lebih besar, kembali bekerja dan mencari keseimbangan dalam keluarga, semuanya berlaku pada waktu yang sama. Hubungan intim suami isteri adalah perkara terakhir yang difikirkan dalam minda kebanyakan ibu yang baru melahirkan anak.

Buku kecil ini membantu menerangkan perubahan-perubahan yang berlaku dan memberi pelbagai cadangan agar pasangan dapat melalui perubahan ini dengan lebih baik. Secara tidak langsung, pasangan suami isteri dapat menghabiskan lebih banyak masa bersama dan kehidupan berkeluarga boleh dijalani dengan yakin.

Pembaca boleh membaca topik mengikut aturan atau terus kepada topik yang dirasakan perlu. Pembaca juga boleh memilih tip dan strategi untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian dan mengisinya di ruang log pembelajaran yang disertakan di akhir buku ini.

Buku ini dimulakan dengan puisi di awal setiap bahagian untuk memberi sentuhan sastera sebelum memulakan pembacaan dan diakhiri dengan kesimpulan dalam bentuk doodle ringkas tetapi padat.

PERCUMA

Download dan baca ebook ini secara percuma sebelum beli versi cetak. 

  • Memahami 11 punca ibu kurang minat terhadap hubungan intim selepas melahirkan bayi.
  • Mencuba 10 tip untuk mengembalikan hubungan intim suami isteri selepas kehadiran cahaya mata di dalam keluarga.
  • Menguatkan otot peranakan dengan mengamalkan senaman ringkas yang diterangkan di dalam buku ini.

Siapakah Penulis Buku Ini?

Ibu kepada enam orang anak dan pensyarah perubatan di salah satu IPT awam tempatan, Juga penulis buku Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu terbitan PTS. Buku terbaru beliau adalah kesinambungan daripada buku terdahulu khusus kepada ibu dan bapa yang baru mendapat cahaya mata dalam mencari keseimbangan kehidupan berkeluarga .

Dr. Faridah Binti Idris

Apa kata pembaca Tentang buku ini?

hARGA BUKU : RM18.00

Apa yang anda akan terima daripada buku ini?

  • Memahami 11 punca ibu kurang minat terhadap hubungan intim selepas melahirkan bayi.​
  • Mencuba 10 tip untuk mengembalikan hubungan intim suami isteri selepas kehadiran cahaya mata di dalam keluarga.​
  • Menguatkan otot peranakan dengan mengamalkan senaman ringkas yang diterangkan di dalam buku ini.​

Scan barkod ini untuk beli buku terus daripada penulis.

Senang Terbit PLT (LLP00006930 – LGN) | © 2013 – 2018